Home » Music » Siti Nurhaliza - Wajah Kekasih (OST Bidadari Kiriman Tuhan)

Siti Nurhaliza - Wajah Kekasih (OST Bidadari Kiriman Tuhan)

Written By SuriaRecords (SRC) on Friday, Mar 01, 2019 | 02:30 AM

 
Mungkin lagu ini dapat terkesan dihati seseorang yang telah mengharunginya dengan penuh keperitan jiwa. Apakah kesudahan KECEWA ataupun BAHAGIA ? Kepada semua peminat Datuk Siti Nurhaliza yang merindui koleksi lagu-lagu lama beliau..Tunggu.. lebih banyak lagu akan menyusul. Dan jangan lupa subscribe channel kami ye. “Siti Nurhaliza” atau lebih di kenali sebagai “Siti Nurhaliza II” ialah album studio eponim kedua Siti Nurhaliza, selepas yang satu lagi pada tahun sebelumnya. Album ini dikeluarkan pada 27 Januari 1997, telah terjual melebihi 350,000 unit. Tiga single utama album ini, “Aku Cinta Padamu”, “Wajah Kekasih” dan “Bisikan Asmara” menjadi taruhan Siti dan mendapat tempat di stesen radio. Single pertama album ini, “Aku Cinta Padamu” tercalon dalam kategori Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1997 dan dua kategori (Persembahan Terbaik dan Juara Kategori Balada) di Anugerah Juara Lagu ke-5. Buat pertama kalinya dalam kerjaya beliau sebagai penyanyi, Siti menulis lirik untuk lagu “Demi Kasih Kita”. Album ini juga dilancarkan tujuh bulan sebelum Krisis Kewangan Asia 1997. Sepertimana album “Siti Nurhaliza I”, album ini juga diterbitkan dalam versi alternatif dengan kulit album berbeza. Album “Siti Nurhaliza II” dikeluarkan dalam bentuk fizikal (cakera padat dan kaset) pada hari pertama pelancarannya dan kemudiannya dikeluarkan format digital (muat turun digital) pada tahun 2013. Pada tahun 2017, album ini dicetak dalam bentuk piring hitam (LP). Trivia tentang "Wajah Kekasih" 1. "Wajah Kekasih" ialah single kedua daripada penyanyi pop Malaysia, Siti Nurhaliza dan ia dimuatkan dalam album kedua, menyusuli "Aku Cinta Padamu". 2. Lagu ini digubah oleh Adnan Abu Hassan dan Hani MJ. 3. Muzik video lagu ini menjalani penggambarannya di Port Dickson, Negeri Sembilan. Siti Nurhaliza mengenakan busana putih dalam muzik video ini. Seperti dalam muzik video "Jerat Percintaan", Siti juga mengalirkan airmatanya pada penghujung muzik video "Wajah Kekasih". Lyric Wajah Kekasih Ku menyaksikan dedaun kekeringan Gugur ke bumi gersang tiada penghuni Tiada mentari awan kesuraman Bagaikan waktu yang terhenti Ku menyaksikan seraut wajah cinta Yang kehampaan tiada lagi bermaya Kini kehilangan sebuah harapan Bagaikan cinta yang terkubur Adakah mungkin untukku menghindari Gurisan kasih luka di hati Jiwaku resah apakah kesudahan Kecewa ataupun bahagia Ku yakinkan diri demi rinduku Penawar hanya dari wajah kekasih Walaupun rintangan datang menduga Ku tempuhinya kerna cinta membara Oh mimpi yang indah Jelmalah dalam nyata Wajah wajah kekasih Adakah mungkin untukku menghindari Gurisan kasih luka di hati Jiwaku resah apakah kesudahan Kecewa ataupun bahagia Ku yakinkan diri demi rinduku Penawar hanya dari wajah kekasih Walaupun rintangan datang menduga Ku tempuhinya kerna cinta membara Oh mimpi yang terindah Jelmalah dalam nyata Wajah wajah kekasih Ku mengharapkan ikatan kemesraan Antara kita akan terlaksana jua Walaupun impian dalam kekaburan Ku yakin padamu oh Tuhan