Home » News & Politics » 'Entah apalah dosa saya dulu...' - MB Perak kongsi cerita

'Entah apalah dosa saya dulu...' - MB Perak kongsi cerita

Written By KiniTV on Thursday, Sep 13, 2018 | 11:52 PM

 
Sebut saja nama Ahmad Faizal Azumu, perkara pertama yang disebut orang yang mengenalinya barangkali tentang perwatakannya yang bersahaja dan penuh humor. Tarikh 12 Mei 2018 - beberapa hari selepas PRU ke-14 yang penuh bersejarah Ahmad Faizal mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak. Empat bulan memegang jawatan itu, anak kelahiran Ipoh itu mengakui masih dalam proses membiasakan diri dengan kehidupan awam yang serba baru untuknya, pada masa sama cuba menunaikan tanggungjawabnya sebaik mungkin. Walaupun kelihatan bersahaja tu hanyalah pembawaan dirinya dan beliau tetap serius dalam soal-soal penting seperti ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat dan DUN serta mengendalikan mesyuarat.