Home » People & Blogs » Prof Solehah: Agama Samawi, Hari Baharu & Waktu Syaitan

Prof Solehah: Agama Samawi, Hari Baharu & Waktu Syaitan

Written By Hafiz Firdaus Bin Abdullah on Saturday, May 20, 2023 | 03:21 AM

 
Penjelasan tambahan: Dalam surah at-Taubah, ayat 36, Allah s.w.t. berfirman, إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَهۡرٗا فِي كِتَٰبِ ٱللَّهِ يَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡهَآ أَرۡبَعَةٌ حُرُمٞۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُۚ فَلَا تَظۡلِمُواْ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمۡۚ Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram . Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu. Ayat 36 surah at-Taubah ini merujuk kepada bulan-bulan yang digunakan untuk perhitungan ibadah. Firman Allah yang bermaksud "di sisi Allah" bukanlah bererti Allah perlukan kepada hari, bulan dan tahun, tetapi sebagai perhitungan ibadah. Oleh kerana itulah, sebagai contoh, adanya hari-hari 9, 10, 11, 12 & 13 untuk ibadah Haj. Adanya bulan Ramadhan untuk berpuasa dan bulan-bulan Haram yang empat yakni Rejab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram. Haram maksudnya suci (sacred), juga bermaksud haram untuk berperang. Semua 12 bulan ini tidak boleh digantikan dengan bulan-bulan dalam kalendar Syamsiyah atau apa-apa cara perhitungan kalendar yang lain berdalilkan ayat 36 surah at-Taubah ini. Semua 12 bulan ini membentuk kalendar Qamariyah. Dalam video, saya ada sebut, "Oleh itu tidaklah satu lebih Islamik berbanding yang lain kerana kedua-duanya adalah berdasarkan matahari dan bulan." Ini merujuk kepada penggunaan dari aspek kalendar dalam urusan manusia, baik kalendar Qamariyah atau Syamsiyah. Pun begitu, saya berpandangan kalendar Syamsiyah lebih sesuai untuk urusan manusia. Adapun dari aspek ibadah, maka 12 bulan yang dimaksudkan dalam ayat 36 surah at-Taubah tidak boleh diganti dan tiada yang lebih baik. Misalnya, sudah tentu tidak ada bulan dalam kalendar Syamsiyah yang lebih baik berbanding bulan Ramadhan. Sekian. Terima kasih kepada akhi Joko Santoso. Video Prof. Dr. Solehah: https://vt.tiktok.com/ZSLe1FAJR/ Video saya tentang Doa Awal Tahun & Akhir Tahun: https://youtu.be/P1mClnlBAi0