Home » News & Politics » 50 pelajar asnaf SMK Seksyen 11 diraikan di majlis Iftar Ramadan Datasonic

50 pelajar asnaf SMK Seksyen 11 diraikan di majlis Iftar Ramadan Datasonic

Written By DagangNews on Wednesday, Apr 05, 2023 | 10:20 PM

 
Datasonic Group Berhad menyantuni 50 pelajar kurang berkemampuan dari SMK Seksyen 11, Shah Alam dalam majlis Iftar Ramadan Datasonic yang merupakan program CSR sulung syarikat tersebut bagi tahun 2023 Timbalan Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas, Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan berkata majlis iftar telah dimulakan sebagai salah satu inisiatif CSR sejak tahun lepas sebagai peluang syarikat menyantuni anak-anak kurang berkemampuan dari pertubuhan atau sekolah yang diambil sebagai anak angkat Untuk 2023, Sekolah Sukan Selangor terpilih sebagai sekolah angkat syarikat dan berharap usaha ini dapat memberi makna dan mendorong lebih semangat kepada para pelajar dalam menjalankan ibadah puasa pada tahun ini Selain majlis iftar, syarikat juga akan menganjurkan pelbagai program CSR lain untuk pelajar-pelajar sekolah ini sepanjang tahun ini Majlis yang turut dihadiri oleh guru-guru SMK Seksyen 11, barisan lembaga pengarah dan pengurusan Datasonic itu menyaksikan penyerahan duit raya kepada anak-anak asnaf ini daripada Datasonic Sekolah menengah itu merupakan sebuah sekolah berasrama penuh harian menempatkan 290 orang atlet pelajar dari seluruh kawasan Selangor Sekolah ini telah diwartakan sebagai Sekolah Sukan Selangor dimana atlet-atlet sekolah ini turut bersaing untuk pasukan kebangsaan dalam acara sukan seperti bola sepak, olahraga, badminton, memanah, bola jaring, sepak takraw dan renang