Home » News & Politics » Kapal tempur pesisir LCS dijangka beroperasi pada 2026 selepas jalani ujian penilaian - Mohamad Hasa

Kapal tempur pesisir LCS dijangka beroperasi pada 2026 selepas jalani ujian penilaian - Mohamad Hasa

Written By DagangNews on Sunday, Feb 19, 2023 | 11:16 PM

 
Kapal tempur pesisir (LCS) pertama dijangka mula beroperasi sekitar 2026 kerana perlu menjalani beberapa ujian dan penilaian terlebih dahulu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembinaan LCS pertama hampir selesai dengan semua kelengkapan utama sudah siap dipasang  Katanya, selepas siap dibina, ia perlu menjalani ujian penilaian di pelabuhan dan di laut, yang mengambil tempoh antara 22 hingga 24 bulan Sekiranya melepasi kedua-dua ujian itu, barulah LCS berkenaan diluluskan untuk digunakan TLDM untuk mempertahankan kedaulatan perairan negara Kementerian kini di peringkat akhir memuktamadkan cadangan penerusan LCS melalui penyediaan Memorandum Jemaah Menteri yang akan dibentangkan Kementerian sedang memberi penelitian khusus demi memastikan projek LCS dapat diteruskan bagi memperkasakan sistem pertahanan perairan negara ​