Home » News & Politics » Cara Mohon Salinan Sijil Peperiksaan Yang Hilang Atau Rosak Secara Online Di e-Lembaga Peperiksaan

Cara Mohon Salinan Sijil Peperiksaan Yang Hilang Atau Rosak Secara Online Di e-Lembaga Peperiksaan

Written By Ali Gajet on Thursday, Jan 26, 2023 | 09:27 PM

 
Jika anda kehilangan sijil peperiksaan seperti PMR atau SPM, jangan risau kerana anda boleh dapatkan semula sijil tersebut melalui e-Lembaga Peperiksaan secara online menerusi permohonan tuntutan sijil peperiksaan di portal ini dan akan di pos untuk dihantar terus ke rumah anda. Jadi, dalam video ini, kami nak kongsi dengan anda cara mudah untuk membuat permohonan tuntutan sijil peperiksaan seperti SPM di portal e-Lembaga Peperiksaan. Anda juga boleh buat permohonan ini melalui aplikasinya. Pertama sekali, anda perlu layari portal e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/auth/login. Diingatkan, terdapat caj yang perlu dibayar untuk memperoleh semula salinan sijil peperiksaan anda termasuk kos penghantaran. Jangan lupa subscribe youtube channel Ali Gajet! #elembagapeperiksaan #elpmoe