Home » People & Blogs » Agong titah sekali lagi: Parlimen perlu dibuka secepat mungkin

Agong titah sekali lagi: Parlimen perlu dibuka secepat mungkin

Written By KiniTV on Tuesday, Jun 29, 2021 | 04:11 AM

 
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Pandangan Seri Paduka itu disampaikan ketika menerima menghadap Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Rais Yatim dan Azhar Harun di Istana Negara hari ini.