[ JENAYAH MINGGU INI ]
modes operandi sindiket pengedaran dadah ini menggunakan aplikasi we chat dan whats app untuk urusan jual beli dadah kepada penagih tegar.
namun kegiatan 3 individu termasuk sepasang suami isteri yang ligat menjalankan kegiatan itu di ibu negara, berjaya dibongkar selepas ditangkal bersama puluhan kilogram dadah bernilai 1.37 juta ringgit.
kesemua suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 25 hingga 28 tahun itu diberkas dalam 3 serbuan berasingan di sekitar kuala lumpur pada 26 februari lepas.
timbalan pengarah narkotik (risikan/operasi) jabatan siasatan jenayah narkotik (jsjn) bukit aman, dcp zainudin ahmad kegiatan mereka berjaya dibongkar hasil risikan
jabatan siasatan narkotik bukit aman dan kuala lumpur.
serbuan jam 2 hingga 5 petang di apartment servis merampas 38 kilogram syabu dan 457 gram heroin.
turut disita, pelbagai hasil kegiatan itu bernilai 111 ribu 634 ringgit.
ini termasuk 3 buah kenderaan, barangan kemas dan wang tunai puluhan ribu ringgit.
polis percaya sindiket ini adalah salah satu rangkaian geng dadah yang berjaya ditumpaskan di pulau pinang pada november tahun lepas.
sindiket ini mendapatkan bekalan dari thailand, dan dadah itu kemudian di paketkan semula untuk dijual di pasaran tempatan.
saringan ujian air kencing ke atas ketiga tiga suspek didapati negatif.
namun, hasil semakan rekod lampau... 2 suspek lelaki memiliki rekod jenayah dadah.
polis turut mengesan saki baki ahli sindiket yang dipercayai masih berada di sekitar kuala lumpur.
kes disiasat mengikut seksyen 39 b akta dadah berbahaya 1952.
#MKLCRIMEDESK
#PDRM
#DADAH
______________________________
Like, Follow & Subscribes us at
Facebook https://www.facebook.com/metronewsmedia
Twitter https://twitter.com/twt_metronews
Instagram http://instagram.com/metronewskl
We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!
We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at
[email protected]
Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!