Home » Entertainment » MKL Crimedesk | Geng Ayoi Tumpas Sepenuhnya

MKL Crimedesk | Geng Ayoi Tumpas Sepenuhnya

Written By Durian dan Timun on Friday, Mar 05, 2021 | 08:27 AM

 
[ JENAYAH MINGGU INI ] 4 lagi anggota saki baki sindiket ragut rantai dan gelang emas "geng ayoi gombak" dicekup . ia hasil dua serbuan di shah alam dan ulu kelang, selangor pada 28 februari dan 1 mac lalu. ketua polis kuala lumpur, datuk saiful azly berkata, suspek pertama dikenali sebagai angah berusia 35 tahun ... ..dikenalpasti berperanan sebagai 'ulat emas' dan tukang lebur barang kemas hasil ragut. dia ditahan di shah alam pada jam 9 malam, 1 mac lalu. hasil soal siasat terhadap suspek ...polis melakukan serbuan di sebuah kedai emas di ulu kelang dan menahan pemilik serta pekerjanya masing-masing berusia 29 dan 33 tahun. dalam serbuan itu, polis merampas pelbagai peralatan untuk melebur emas, 54 barang kemas diperbuat dari emas dan perak, enam serpihan emas, sejumlah wang tunai, enam jam tangan berjenama dan satu kereta mercedes benz. jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai 1.2 juta ringgit. polis yakin dengan tumpasnya sindiket itu berjaya menyelesaikan kira-kira 300 kes ragut membabitkan kerugian 900 ribu ringgit di kuala lumpur yang dipercayai didalangi geng terbabit sepanjang tempoh tahun lalu hingga awal tahun ini. pada 26 januari lalu, datuk saiful azly memaklumkan pihaknya menahan empat lelaki termasuk seorang lelaki warga thailand yang disyaki terbabit dengan geng ayoi gombak. #MKLCRIMEDESK #PDRM #GENGAYOITUMPAS ______________________________ Like, Follow & Subscribes us at Facebook https://www.facebook.com/metronewsmedia Twitter https://twitter.com/twt_metronews Instagram http://instagram.com/metronewskl We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY! We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at [email protected] Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!