Home » News & Politics » KKM: Kluster Seridana melibatkan polis bantuan di JPM

KKM: Kluster Seridana melibatkan polis bantuan di JPM

Written By KiniTV on Tuesday, Nov 03, 2020 | 06:37 AM

 
Kluster Seridana muncul selepas beberapa anggota polis bantuan yang bertugas di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dikesan positif Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata seorang daripada mereka sepatutnya menjalankan tugas khas di parlimen dan sesuai dengan prosedur operasi standard (SOP), anggota polis bantuan terbabit disaring tiga hari sebelum Dewan Rakyat bersidang. Setakat ini lima polis bantuan telah disahkan positif virus itu.