Home » People & Blogs » Yana Samsudin - Aku Pasrah | Lirik (OST Mami Jarum Junior)

Yana Samsudin - Aku Pasrah | Lirik (OST Mami Jarum Junior)

Written By Aina Rose Nabila on Thursday, Oct 08, 2020 | 04:31 AM

 
Sebelum terkenal dengan dunia lakonan, Yana Samsudin atau nama sebenarnya ialah Norliana Samsudin merupakan penyanyi rakaman dibawah syarikat rakaman nyanyian MIG Records malah Yana sering menyumbangkan suaranya kepada lagu-lagu OST filem terbitan MIG Productions seperti filem Hingga Hujung Nyawa, Mami Jarum, Mami Jarum Junior, Aku Ada Kau Ada dan banyak lagi. Namun Yana juga pernah mengarahkan sebuah filem cinta lakonan Nur Fazura, Piere Andre yang bertajuk Selamat Pagi Cinta. Sebelum terkenal dengan filem Adnan Sempit dan Bini-Biniku Gangster, Yana juga pernah membintangi drama Awan Dania manakala filem pula adalah 7 Perhentian, Mami Jarum Junior, Aku Masih Dara dan Histeria. Pada 2014, setelah 10 tahun bernaung di bawah MIG Metroweatlh Film Production (2004-2014) Yana mengambil keputusan untuk bergerak sendiri kemudian berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu Fadzil Zahari yang merupakan adik kepada pelakon, Dato Farid Kamil pada tahun 2015. Kini, Yana lebih selesa bekerja di sebalik tabir sebagai penulis skrip, pengarah eksekutif, ahli perniagaan dan streamer permainan E-Games iaitu PUBG. Namun dikhabarkan bahawa Yana akan muncul dengan filem terbaru bertajuk Kak Yong yang merupakan tribute filem Bini-Biniku Gangster. Kak Yong akan ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan.