Home » People & Blogs » Resepi Nasi Kerabu Kelantan

Resepi Nasi Kerabu Kelantan

Written By Norasikin Ckin on Wednesday, Apr 15, 2020 | 11:33 PM

 
Nasi Kerabu.. Resepi Ini saya pelajari dari arwah ibu sy..sangat menyelerakan.Sesuai di hidangkan bersama keluarga.Resepi ini amat terkenal di negeri kelantan. Bahan-bahannya:: Cara membuat Nasi Berwarna (Biru) menggunakan perwarna biru yang di benarkan dalam makanan 1 titik sahaja ke dalam beras.. Cara membuat nyior ikan. Isi kelapa (di goreng hingga garing kemudian di tumbok) Isi ikan sardin rebus (di tumbok) Lada hitam 4 batang serai 3 biji bawang putih 3 biji bawang merah Serbuk perasa (Ajino) Gula Garam secukup rasa. Cara membuat solok lada;; Isi kelapa (Di tumbok halus) Isi ikan (Di tumbok) Lada hitam 3 biji bawang putih 4 biji bawang merah Serbuk perasa (Ajino) Gula Garam secukup rasa Santan Sayur Ulaman;; Kacang panjang Kobis Bunga Kantan Taugeh Daun Kesom Timun Lauk Pauk tambahan;; Ayam Goreng Telur masin Dan sambal cili padi jika suka pedas..