Polis menggempur kawasan kediaman warga asing di sekitar Bukit Bintang, di sini, berikutan menerima maklumat kedegilan dan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam kalangan mereka.
Ketika sebahagian warga asing terbabit sedang leka berkumpul bersama rakan di kawasan terbuka, berkumpul di hadapan kedai, sepasukan polis dari daerah Dang Wangi menyerbu Jalan Angsoka, Jalan Bedara, Jalan Changkat dan di kawasan sekitarnya.
Pada masa sama, pihak polis turut mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Tengkat Tong Shin, bagi mengesan sebarang kemasukan individu yang melanggar PKP.
Malah pemeriksaan oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) turut memeriksa seluruh pelusuk kawasan Bukit Bintang bagi mengesan individu ingkar PKP.
Hasil tinjauan mendapati kesemua mereka yang ditahan didapati berkumpul tanpa sebarang tujuan; melepak di hadapan kedai sekitar Bukit Bintang; serta berjalan lebih dari seorang atau berkumpulan.
Selepas dikumpulkan lebih 20 warga asing ditahan di Jalan Angsoka, manakala sebahagian lagi ditahan di kawasan Jalan Changkat dan Jalan Berangan.
Kesemua warga asing terbabit kemudian diarah menaiki trak polis sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/568740/warga-asing-ingkar-pkp-ditahan-metrotv
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy