Home » News & Politics » Ingkar PKP, Layan Syabu - 6 Lelaki Ditahan

Ingkar PKP, Layan Syabu - 6 Lelaki Ditahan

Written By Stringer Online on Sunday, Apr 19, 2020 | 04:11 AM

 
#mediaswanproduction #shahalam #tangkap #dadah #syabu #PGA #SEMENYIH #ronda #ingkarpkp #kuarantin #PKPD #PKP #PLAZAONECITY #DANGWANGI #kekaltenang #HapusCovid19 #opscovid19 #covid19 #PDRM #roadblock #SJR #stayathome #viruscovid19 #perintahkawalanpergerakan #Kualalumpur #Selangor #Ampang #kosong #lengang #JSJ #PetalingJaya #stayathome #dudukrumah #stopcovid #pkp #mco Kajang - PENAHANAN enam lelaki oleh anggota Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Sabtu, turut membawa kepada penemuan alat menghisap syabu. Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, suspek ditahan anggota yang meronda Kampung Perepat, Sungai Kapar, Klang, 2.45 petang. “Kami mengesan mereka yang dilihat dalam keadaan mencurigakan. “Pemeriksaan mendapati, mereka ingkar PKP selain menemui peralatan menghisap syabu daripada seorang suspek yang disembunyikan dalam beg kecil,” katanya pada kenyataan. Zulafendy berkata, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Balai Polis Sungai Kapar dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.