Home » News & Politics » VIRAL | Bertumbuk Kerana Teman Wanita?

VIRAL | Bertumbuk Kerana Teman Wanita?

Written By Buletin TV3 on Thursday, Feb 13, 2020 | 03:17 AM

 
Gaduh Kerana Teman Wanita? 12 Pelajar Ditahan Polis 12 pelajar ditahan polis susulan video tular seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun cedera dipukul sekumpulan pelajar dalam kes buli di sebuah sekolah di Pasir Mas, Kelantan.   Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku Ahad lalu dan kes itu kini dalam siasatan.   Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, kumpulan pelajar itu berada di sekolah untuk menjalani aktiviti sukan.   Kes membabitkan pelajar lelaki tingkatan 2 dan 3 di sekolah berkenaan serta seorang lagi pelajar lelaki dari sekolah lain.   Polis percaya pergaduhan berlaku kerana berebut teman wanita yang juga dari sekolah sama.    Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Pasir Mas.   Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.