Home » People & Blogs » TEGA! ibu ini buang anak demi suami baru

TEGA! ibu ini buang anak demi suami baru

Written By Konten lifeday on Thursday, Jan 16, 2020 | 11:06 AM

 
Ibu Buang Anak Umur 2 Tahun Sebab Suami Baru Tak Suka. Anak merupakan amanah daripada Maha Pencipta kepada suami isteri yang sudah berumahtangga. Oleh sebab itu, amanah tersebut hendaklah dijaga dan diberi perhatian sebaiknya. Namun masih ada ibu bapa yang tergamak mendera dan membuang anak yang masih kecil hanya disebabkan berlaku penceraian atau perkawinan baru. Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pekerja sosial dari negara Thailan, dia telah menceritakan perihal seorang kanak-kanak yang dihalau oleh ibunya karna suami baru wanita itu tidak mau kanak-kanak tersebut ada dalam kehidupan baru mereka. Kanak-kanak tersebut ditinggalkan di hadapan pusat kebajikan dan diminta menekan lonceng pagar pusat tersebut sebelum wanita itu beredar menggunakan motosikal. Kanak-kanak itu juga membawa sekali satu beg plastik pakaian, patung mainan dan sekeping surat daripada ibunya. Melalui tulisan dari surat tersebut, ibunya memberitahu bahwa tidak mampu membesarkan anaknya karna miskin dan suami barunya tidak menerima kanak-kanak itu sebagai anak. Ekoran daripada kedatangan kanak-kanak malang di pusat kebajikan itu, pihak mereka telah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana terdapat banyak kesan kecederaan di badannya. Besar kemungkinan kanak-kanak tersebut didera oleh ibu bapanya karna kesan kecederaannya berlaku di banyak tempat di anggota badan. Setakat ini, siasatan daripada pihak polisi sedang giat dijalankan dan kanak-kanak tersebut sedang menerima rawatan bagi menyembuhkan kecederaan yang dihadapinya. #Tranding1 #beritaviral #viral #buanganak