Home » News & Politics » Podah! Balik! Ahli PKR beritahu sebab keluar dewan

Podah! Balik! Ahli PKR beritahu sebab keluar dewan

Written By KiniTV on Saturday, Dec 07, 2019 | 03:45 AM

 
Tindakan keluar dewan secara beramai-ramai itu berlaku kira-kira jam 2.50 petang selepas perwakilan dari Penang Gooi Hsiao-Leung berucap, dengan ada yang menjerit "Balik! Keluar!" Perwakilan yang meninggalkan dewan memberitahu Malaysiakini bahawa senarai perwakilan yang dibenarkan untuk berucap kebanyakannya mengkritik Azmin. "Kami menyokong mereka yang benar-benar cuba untuk menyatukan parti, tetapi ada ucapan yang bertujuan untuk memecahkan parti dan memprovokasi. Ini tidak sepatutnya berlaku," kata salah seorang delegasi kepada Malaysiakini.