Home » Travel & Events » KAMPUNG TALANG HULU 2019

KAMPUNG TALANG HULU 2019

Written By Annas Ismail on Sunday, May 19, 2019 | 12:31 AM

 
Kampung Talang Hulu adalah sebuah perkampungan tradisi yang telah menjadi antara kampung yang hidup dengan sejarah yang sangat membanggakan. Telah sekian lama dianggap sebagai sebuah kampung 'Penyambut Tetamu' buat sesiapa sahaja yang berkunjung masuk ke Bandar DiRaja Kuala Kangsar. Ini adalah kerana ia sebuah kampung yang pertama akan di lalui selepas 'EXIT' Plaza Tol Kuala Kangsar. Kampung ini juga terkenal dengan permainan tradisi 'MERIAM TALANG' sejak puluhan tahun lampau yang telah menginjak dari generasi ke generasi. Tradisi ini akan di mainkan pada setiap MALAM RAYA juga telah mendapat liputan meluas dari media tempatan dan antarabangsa. Nantikan video terkini PERMAINAN TRADISI ini buat ke sekian kali nanti..