Home » People & Blogs » Sambal Goreng Jawa【 Amelia Tamby Hussin 】

Sambal Goreng Jawa【 Amelia Tamby Hussin 】

Written By Amelia Tamby Hussin on Monday, Apr 22, 2019 | 03:57 AM

 
Assalamualaikum semua, Bahan bahan nya Bawang merah Bawang putih Belacan Cili kisar (cili kering yang rebus dan di blender ) Hati ayam Hati lembu (tiada pun takpe) Udang yang di kopek kulit Kentang (goreng dahulu) Tauhu putih (goreng dahulu ) Paru (rebus sampai empuk) Tempe (goreng dahulu ) Kacang buncis (hiris) Cili merah atau hijau (hiris) Suhun (direndam dahulu ) Asam jawa Kicap manis Santan (kalau nak tahan lama sikit, jangan letak, kalau letak sambal goreng cepat basi) Tapi lagi sedap letak. Terpulang ikut suka tapi kalau letak sikit sahaja . Garam secukup rasa Cara cara membuatnya Mula mula panaskan kuali . Letak minyak. Tumis kan bawang merah dan bawang putih. Letak belacan. Dan wangi masukkan cili. Letak hati ayam yang di potong dadu. Kebetulan ada hati lembu , melea letak sekali, kalau tiada takpe, tapi hati ayam perlu ada untuk Menyedapkan rasa sambal goreng ini . Masukkan udang yang telah siap di kopek. Goreng kasi mesra letak garam. Masukkan asam jawa. Masukkan kentang , tauhu putih, tempe, yang telah di goreng dahulu dan paru yang telah di rebus empuk tadi, masukkan suhun . Gaul rata lagi . Masukkan kicap manis *nota Jika ingin melihat Video masak sambal goreng jawa ini, ada di facebook Amelia Tamby Hussin. Selamat mencuba . Terima kasih . Jom tengok video Live di: https://www.facebook.com/hajitamby/ Jom tengok video Live di: https://www.facebook.com/ameliatambyhussin/ Jom makan di kedai Amelia: https://goo.gl/maps/wDnJGXGXb33U3bVb9