🌹 BAB TAUBAT🌹
1.Kata para ulama bahawa bulan Rajab adalah شهر التوبه
" bulan taubat" di mana banyakkan istigfar dan kembali kepada Allah Swt.Ada ulama yang beramal istigfar Rajab dengan amalkan zikir berikut;
رب اغفرلي وارحمني وتب علي
" Ya Rabb ampunilah daku,rahmatilah aku dan terimalah taubatku."
2.Jangan putus asa dengan rahmat Allah kerana Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk sesiapa yang melakukan dosa. Allah SWT berfirman:
إِنَّهُۥ لَا يَا۠يْئَسُ مِنْ رَّوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكٰفِرُونَ
".... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir."
(Yusuf : 87)
Allah juga berfirman tentang penerimaan taubat yang dilakukan seseorang.
وَهُوَ الَّذِى يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِۦ وَيَعْفُوا عَنِ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ
"Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan."(Asy-Syura:25).
Rasulullah Saw sendiri walau tidak melakukan dosa bertaubat setiap hari 100 kali.
3.Abu Bakar r.anhu menyatakan bahawa Rasulullah Saw menyatakan yang mafhumnya,seseorang yang berdosa,kemudian mengambil wudhu dan solat 2 rakaat dan beristigfar, Allah ampunkan dosanya.Kemudian Nabi Saw membaca ayat 110 surah An-Nisa' .
وَمَنْ يَعْمَلْ سُوٓءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُۥ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَّحِيمًا
"Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Dalam riwayat lain Nabi Saw membaca ayat 135-136 surah Ali Imran,bermula
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فٰحِشَةً أَوْ ظَلَمُوٓا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلٰى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)."Ayat 136,mereka diberi keampunan dan balasan syurga. Allah SWT berfirman:
أُولٰٓئِكَ جَزَآؤُهُمْ مَّغْفِرَةٌ مِّنْ رَّبِّهِمْ وَجَنّٰتٌ تَجْرِى مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهٰرُ خٰلِدِينَ فِيهَا ۚ وَنِعْمَ أَجْرُ الْعٰمِلِينَ
4.Iblis sangat kecewa dengan pengampunan yang diberi Allah kerana segala usahanya menjadi sia-sia dan juga pembatalan dosa bila orang yang berdosa melakukan kebaikan diberi pula pahala dan kebaikan.Justeru apabila seseorang melakukan dosa,maka bertaubatlah.Allah SWT berfirman:
َ فَإِنَّهُۥ كَانَ لِلْأَوّٰبِينَ غَفُورًا
"...maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat."(Al-Isra' : 25).
Kuliah Maghrib:🌖
Us.Nik Bakri b.Nik Mat
Tarikh:📋
16hb.April 2019
Catatan:✏
Mohd Yasin Hj.Sulaiman