Home » Entertainment » PATI Gunakan Bangunan Kosong Sebagai Tempat Tinggal

PATI Gunakan Bangunan Kosong Sebagai Tempat Tinggal

Written By Durian dan Timun on Sunday, Mar 03, 2019 | 04:30 AM

 
[ JENAYAH MINGGU INI ] Sangggup terjun dari tingkat dua sebuah bangunan terbiar semata mata untuk meloloskan diri dari pihak imigresen. Namun usaha itu sia sia kerana diberkas imigresen. Itu tindakan yang dilakukan beberapa Pendatang Asing Tanpa Izin ketika Ops Bersepadu Jabatan Imigresen Selangor di kawasan bandar sultan sulaiman klang malam tadi. Operasi bermula jam 12.40 pagi hingga 4 pagi itu berjaya memeriksa 679 pati. Ketika kawasan bangunan kosong itu dikepung... Ada yang bertempiaran lari ke semak.. Hasilnya lebih 400 daripada mereka melakukan kesalahan di bawah akta imigresen dan peraturan peraturan imigresen. Pengarah JIM Selangor Mohamad Shukri Nawi berkata kebanyakkan pati menggunakan premis kosong di bangunan berkenaan untuk dijadikan tempat tinggal. Operasi turut disertai Jabatan Pendaftaran Negara itu mendapati kebanyakkan tangkapan adalah warga Banhladesh Nepal dan Myanmar. Mereka melakukan kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Kesemua tangkapan dibawa ke depoh tahanan sementara untuk tindakan lanjut. #MKLCRIMEDESK #PATI __ Like, Follow & Subscribes us at Facebook https://www.facebook.com/metronewsmedia Twitter https://twitter.com/twt_metronews Instagram http://instagram.com/metronewskl We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY! We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at [email protected] Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!