Home » News & Politics » 'Kalau Najib menang apa akan jadi pada negara ini?'

'Kalau Najib menang apa akan jadi pada negara ini?'

Written By KiniTV on Friday, Dec 28, 2018 | 09:15 PM

 
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan kurang menyenangi pertanyaan pemberita mengenai rombakan barisan kabinetnya Persoalan mengenai rombakan kabinet berlegar dalam desas-desus beberapa kali sejak sebulan lalu. Antara yang disebut-sebut adalah Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Rina Harun. Turut menghadapi tekanan sama adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy. Walaupun terdapat kritikan terhadap kabinetnya, Dr Mahathir berkata berbanding dengan Najib, pentadbirannya tidak diselubungi dengan tuduhan rasuah. Beliau juga berkata bahawa kerajaan telah melakukan yang terbaik walaupun mewarisi hutang "RM1 trilion".