Home » Education » Operasi Pemindahan Gajah 'Lasah' dan Harimau Belang 'Zanah' 2018 Julai 1

Operasi Pemindahan Gajah 'Lasah' dan Harimau Belang 'Zanah' 2018 Julai 1

Written By Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam on Thursday, Aug 09, 2018 | 10:34 PM

 
Operasi khas pemindahan gajah asia bernama 'Lasah dan seekor Harimau Belang bernama 'Zanah' hidupan liar yang sebelum ini ditempatkan di Langkawi Elephant Adventures (LEA) Oriental Village Burau Bay, Langkawi. Proses pemindahan ini bermula pada 26 Julai 2018 dan mengambil masa selama 3 hari sehingga proses perpindahan selesai sepenuhnya. Dalam memastikan kebajikan hidupan liar ini terjamin, Lasah telah ditempatkan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah manakala Zanah ditempatkan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai Perak. 'Lasah' dan 'Zanah' diserahkan kepada Jabatan PERHILITAN setelah LEA tidak dapat lagi beroperasi di premis tersebut kerana telah diarahkan untuk mengosongkan kawasan tersebut daripada sebarang aktiviti. Operasi pemindahan hidupan liar ini melibatkan kakitangan daripada Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang, Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Perak, PERHILITAN Kedah dan Ibu pejabat Jabatan PERHILITAN.