Home » Education » Mengapa Allah tolak 1 dari 3 doa Rasulullah? - Dr. Rozaimi

Mengapa Allah tolak 1 dari 3 doa Rasulullah? - Dr. Rozaimi

Written By Geng Muslim on Saturday, Jul 28, 2018 | 01:00 AM

 
‘Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : “Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu’awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T : Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : “Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak. 1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T. 2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T. 3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak). . Credit: Pro Media Tajdid SEMOGA ADA MANFAAT.. Sekiranya kami telah memuat naik sebarang bahan hak cipta secara salah, sila hantar mesej kami dan kami akan memadamkannya dengan serta-merta. ... ■PERINGATAN Utk pemberi komen. Sesungguhnya apa yang ditulis pasti akan dipertanggungjawabkan. Komen² yg jelik, menghasut, memaki dan mengaibkan akan dipadamkan. "Kritik boleh tapi jangan memaki"! For Others Video click: https://www.youtube.com/channel/UCDx7xz8smBP_kq4evankJWA/videos For subscribe: https://www.youtube.com/c/GengMuslim?sub_confirmation=1 Twitter: https://twitter.com/MuslimGeng