Home » Entertainment » Kapal Serang Laju TLDM

Kapal Serang Laju TLDM

Written By SB JAGINDAS on Saturday, Jul 21, 2018 | 02:13 PM

 
Malaysia mempunyai 3 skuadron FAC Kelas Perdana adalah dibawah Skuadron Kapal Pembinasa Laju (Misil) pertama atau First Fast Attack Craft (Missile) Squadron. Skuadron ini terdiri daripada empat buah kapal iaitu KD PERDANA, KD GANYANG, KD SERANG dan KD GANAS. Firma Constructions Mecaniques de Normandie (CMN), Cherbourg, Perancis diberi tanggungjawab untuk membina kapal kapal ini pada tahun 1970.Kapal ini dilengkapi dengan peluru berpandu jenis Exocet MM38. Kelas Handalan terdiri daripada empat buah kapal dalam Skuadron Kapal Pembinasa Laju (Misil) Ke-2 ‘Spica M’ yang dibina di Karskkronavarvet AB, Sweden dan dilancarkan pada 26 Okt 79, Kapal dari kelas ini terdiri daripada empat buah kapal iaitu KD HANDALAN, KD PERKASA, KD PENDEKAR dan KD GEMPITA. Peluru Berpandu Excocet MM38 pada semua Kapal Serang Laju ini sudah ditarik keluar daripada perkhidmatan Kelas Jerong dikenali sebagai Skuadron Ke 6 FAC(G) dibina di butterworth, Dilengkapi meriam Kelas Jerong terdiri daripada KD JERONG, KD BAUNG, KD PAUS, KD YU, KD TODAK dan KD PARI