Home » News & Politics » Bomba: Kebakaran 2 tangki minyak di Kemaman dipadamkan

Bomba: Kebakaran 2 tangki minyak di Kemaman dipadamkan

Written By Free Malaysia Today on Saturday, Jul 07, 2018 | 06:37 AM

 
Kebakaran 2 tangki minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company (KBC) berjaya dipadamkan hampir sepenuhnya hari ini, namun masih tinggal 1 tangki yang 30% terbakar. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Sharikan Bustaman berkata selepas beroperasi selama 43 jam sejak Khamis lepas, api di 2 tangki berjaya dipadamkan sekitar 6.40 pagi dan 10 pagi tadi. “Pada 3 pagi tadi boleh dikatakan angin agak tenang dan ketika itu kami menumpukan sepenuhnya pada proses untuk memadam kebakaran…Kita anggarkan keseluruhan kebakaran tersebut dapat dipadamkan lewat malam ini,” katanya ketika ditemui di kawasan perindustrian KBC Telok Kalong di sini. Beliau berkata, keadaan angin kuat pada hari ini mengganggu tumpuan anggota bomba dan menyukarkan operasi memadam kebakaran kerana pihaknya terpaksa menukar anggota setiap 2 jam bagi memastikan tumpuan anggota tidak terjejas.