Home » News & Politics » Isu tender nombor plat kenderaan, ini jawab menteri

Isu tender nombor plat kenderaan, ini jawab menteri

Written By KiniTV on Thursday, May 24, 2018 | 07:10 AM

 
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem tender dalam talian (e-bidding) selewat-lewatnya Januari depan bagi membolehkan pemilik kenderaan membida nombor plat pilihan tanpa perlu ke pejabat JPJ lagi. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata ramai rakyat Malaysia yang sanggup bayar untuk mendapatkan nombor plat cantik dan istimewa, maka menerusi pengenalan sistem e-bidding itu akan menggalakkan mereka yang berkemampuan untuk menyumbang kepada hasil negara. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pertemuan dengan pengurusan tertinggi JPJ di Kementerian Pengangkutan, di sini hari ini. Beliau berkata kementerian akan mengkaji mekanisme e-bidding yang bersesuaian dan memberi jaminan kepada pemilik kenderaan bahawa tiada kenaikan harga untuk mendapatkan nombor plat biasa selepas pelaksanaan sistem itu.