Home » News & Politics » PENCAPAIAN KESELURUHAN STAM 2017, MENINGKAT 2.7 PERATUS [18 JAN 2018]

PENCAPAIAN KESELURUHAN STAM 2017, MENINGKAT 2.7 PERATUS [18 JAN 2018]

Written By Berita RTM on Thursday, Jan 18, 2018 | 04:12 AM

 
I. Pencapaian keseluruhan Sijil Tinggi Agama Malaysia, STAM 2017 meningkat apabila keseluruhan calon yang layak mendapat sijil bertambah sebanyak 2.7 peratus kepada 69.7%, berbanding 67.0% pada 2016. Manakala calon yang tidak layak dianugerahkan sijil berkurangan 2.7 peratus..iaitu 30.3 peratus, berbanding 33.0 peratus tahun sebelumnya. II. Sementara itu Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, SAMTTAR Sungai Manggis, Banting Selangor terus mengekalkan kecemerlangannya sebagai antara sekolah terbaik di negara ini. Dua calonnya memperoleh keputusan Mumtaz Sofi iaitu Anugerah Pelajar Terbaik peringkat kebangsaan. III. Pelajar Yayasan Islam Kelantan, YIK juga terus melakar kecemerlangan apabila 193 pelajarnya memperoleh keputusan MUMTAZ. Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kelantan, Datuk Muhammad Awang, daripada jumlah tersebut, seramai 19 pelajar memperoleh MUMTAZ untuk semua mata pelajaran. IV. Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin- SMASZA, muncul Sekolah terbaik STAM 2017, Terenggganu. Gred Purata Negeri GPN 2.15 adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun.