Home » News & Politics » "Ini kali kedua benda lawak berlaku," sindir Rafizi

"Ini kali kedua benda lawak berlaku," sindir Rafizi

Written By KiniTV on Tuesday, Nov 21, 2017 | 02:18 AM

 
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata disiplin ahli parlimen Barisan Nasional (BN) semakin hilang berikutan ketiadaan wakil rakyat parti itu dalam sesi pengundian Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2018, semalam. Kata Rafizi, insiden yang menimbulkan kekecohan itu tidak akan terjadi sekiranya barisan wakil rakyat BN mempunyai disiplin yang tinggi. Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita di Parlimen hari ini. https://www.kinitv.com/video/54588O74 - Kecoh... Kerajaan hampir kalah dalam undi blok Bajet 2018 Malam semalam, pembangkang hampir berjaya menolak Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatankuasa Bajet peringkat jawatankuasa diluluskan dengan 52 anggota parlimen mengundi untuk menyokong manakala 51 yang lain membantah.