Home » People & Blogs » Bekas Isteri Jadi Kaki Scammer

Bekas Isteri Jadi Kaki Scammer

Written By TV. PPIM on Tuesday, Nov 14, 2017 | 02:24 AM

 
"Bekas Isteri Guna Nama Saya Untuk Menipu" Kali ini Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan yang melibatkan penganiayaan bekas isteri, Kaki Scammer, terhadap bekas suami dengan memonopoli kad bank milik mangsa. Malahan, 2 tahun yang lalu, bekas isteri mangsa telah dilaporkan pecah amanah serta memanipulasi cek milik syarikat kedalam akaun milik mangsa. Aliran duit keluar masuk dalam akaun mangsa juga berlaku tanpa pengetahuan mangsa sehingga dihubungi sendiri oleh pihak bank. Laporan Polis juga telah dibuat oleh mangsa, tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap bekas isteri mangsa. Mangsa juga kerap kali dihubungi oleh mangsa-mangsa penipuan si kaki Scammer yang memohon bayaran balik nilai kerugian yang ditanggung mereka. Mangsa juga pernah ditahan atas tuduhan curang dalam urusan transaksi. Kini mangsa tampil ke PPIM bagi menuntut supaya keadilan dapat ditegakkan dan penipuan si kaki Scammer mendapat pembalasan yang sewajarnya.