Home » News & Politics » Saksi: 'Saya nampak tong gas depan pintu'

Saksi: 'Saya nampak tong gas depan pintu'

Written By KiniTV on Friday, Sep 15, 2017 | 03:56 AM

 
Seorang saksi, Hazim Manan yang tinggal sekitar kawasan Pusat Tahfiz Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung memberitahu melihat tong gas di hadapan pintu masuk Pusat tahfiz berkenaan. "Memang ada tong gas didepan pintu. Tapi kurang pasti ada bau (gas) kerana asap sudah tebal jadi tak boleh kesan apa-apa. Hazim turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan seorang mangsa yang dipanggil Adam kerana api terlalu marak. Sekurang-kurangnya 23 maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Quran Ittifaqiyah semalam. Terdapat pelbagai spekulasi punca kebakaran itu antaranya litar pintas dan sabotaj. Namun ia dinafikan oleh Pengarah Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman. Beliau berkata hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik. Semalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberitahu akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya tragedi kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah semalam mempunyai unsur jenayah. Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata buat masa ini pihaknya sedang menyiasat dari sudut kecuaian serta teknikal dan siasatan dijangka mengambil masa dua hingga tiga minggu.