Home » News & Politics » DJ YY – MUTIARA FM KEHILANGAN SEORANG IKON [18 JUN 2017]

DJ YY – MUTIARA FM KEHILANGAN SEORANG IKON [18 JUN 2017]

Written By Berita RTM on Sunday, Jun 18, 2017 | 04:15 AM

 
Mutiara FM kehilangan seorang tokoh penyampai radio selepas Yasser Yusoff atau lebih dikenali dengan panggilan DJ YY menghembuskan nafas terakhir awal PAGI TADI. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam di Jalan Perak. Sahabat handai serta kenalan turut memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang mempunyai alunan suara tersendiri dalam bidang penyampaian radio. Allahyarham berusia 40 tahun, mengadu sakit pada petang semalam dan disahkan meninggal di Hospital Pulau Pinang awal PAGI INI. Allahyarham yang mempunyai enam cahaya mata mula berkhidmat dengan RTM Pulau Pinang seawal usia 17 tahun sebagai penyampai radio sambilan. Allahyarham pernah dinobatkan sebagai Penyampai Radio Terbaik pada 2005 dan Pemenang Pengulas Sukan Terbaik 2016.