Home » News & Politics » Benarkah Proton bukan kereta nasional lagi? Ini kata rakyat

Benarkah Proton bukan kereta nasional lagi? Ini kata rakyat

Written By KiniTV on Tuesday, May 30, 2017 | 11:26 PM

 
Penjualan saham Proton oleh DRB-Hicom kepada syarikat Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) dari China mendapatkan perhatian dan pelbagai tanggapan orang ramai. Kesedihan yang diucapkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai penjualan tersebut, juga menarik perhatian orang ramai yang turut bersimpati terhadapnya. Menurut DRB-Hicom, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan penjualan saham 49.9 peratus dan akan memeterai Perjanjian Definitif pada Julai 2017. Apa kata rakyat, ikuti tinjauan KiniTV.