Home » News & Politics » Rani Kulup tinggal pesan pada Siti Kasim

Rani Kulup tinggal pesan pada Siti Kasim

Written By KiniTV on Friday, Mar 10, 2017 | 02:08 AM

 
Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah menyelar tindakan tiga Muslim dalam kalangan 19 aktivis yang memfailkan saman bagi mengusir pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik dari Malaysia. Rani Kulup juga meminta supaya peguam, Siti Kasim melupakan untuk menyaman pendakwah terkenal itu dengan menerima kepelbagaian pandangan dan pendapat yang dibawa tokoh itu. Beliau berkata demikian selepas mengadakan bantahan secara aman di hadapan Kedutaan Korea Utara hari ini. http://www.kinitv.com/video/45681O74 Terdahulu, Rani Kulup bersama beberapa kumpulan NGO menggesa satu proses bagi menyokong perpaduan dan keamanan yang perlu dijalin oleh kedua-dua negara, Malaysia dan Korea Utara. Rani Kulup juga turut memaklumkan bahawa hari ini merupakan hari jadinya yang ke-62 tahun.