Home » Film & Animation » Dr Syed & Abg Emir GAY? | Funny Scene ep6 | Meh Sandar Pada Aku

Dr Syed & Abg Emir GAY? | Funny Scene ep6 | Meh Sandar Pada Aku

Written By Nraina Shrz on Saturday, Mar 11, 2017 | 07:20 AM

 
JUDUL : MEH, SANDAR PADA AKU! EPISOD : 20 episod TARIKH / MASA : Mulai 26 Februari 2017 SIARAN : Slot Dahlia TV3 PENULIS NOVEL : Aifa Batrisya PENGARAH : Emi Suffian Abd Sabhe TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd PELAKON : Mira Filzah, Aliff Aziz, Jaja Iliyes, Redza Rosli, Aishah Ilias, Asyraf Aley, Azri Iskandar, Badrul Muhayat, Raja Ema, Fiza Halim, Marr Mohamad, Fendi Seman, Aidit Noh, Haff Ridzuan, Nafiez Zaidi, Dania Aina, Adam Darwisy, Shazzy Edora WATAK PELAKON Mira Filzah sebagai Afnan Tasneem Aliff Aziz sebagai Dr. Syed Nadzhan Jaja Iliyes sebagai Aleesya Redza Rosli sebagai Adam Naufal Aishah Ilias sebagai Mastura Asyraf Aley sebagai Syed Emir Azri iskandar sebagai Syed Azhar Badrul Muhayat sebagai Syed Irham Raja Ema sebagai Juhara Fiza Halim sebagai Farah Marr Mohamad sebagai Dr Ram Fendi Seman sebagai Zamarul Aidit Noh sebagai Lukhman Dania Aina sebagai Syarifah Emira Adam Darwisy sebagai Syed Nadzhan (Kecil) Shazzy Edora sebagai Aleesya (Kecil) LAGU TEMA / OST MEH SANDAR PADA AKU Tajuk : Sandar Padaku Penyanyi : Aliff Aziz feat Mira Filzah SINOPSIS MEH SANDAR PADA AKU Mengisahkan Afnan Tasneem, gadis yang sentiasa ceria dan agak bendul tak bertempat. Afnan Tasneemsedang menjalani praktikal di sebuah pusat penyelidikan bagi menyempurnakan pengajiannya. Disana bermulalah cerita pertemuannya dengan penyelia yang dianggap sombong dan spesis lelaki terancam iaitu Dr Syed Nadzhan. Dr Syed Nadzhan hidup tanpa insan bergelar perempuan. Selepas kegagalan rumah tangga papa dan mamanya dia mengganggap perempuan menyusahkan hidupnya. Menerima Afnan Tasneem sebagai budak praktikal dibawah seliaannya memang memeningkan kepala kerana sebelum ini Dr Syed tidak pernah menerima budak praktikal perempuan. Sepanjang tempuh seliaan Dr Syed, Afnan Tasneem sering di buli dan memberi arahan tanpa diberi tunjuk ajar. Kehadiran Adam Naufal menggugat rasa hati Dr Syed. Afnan Tasneem yang banyak meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan Dr Syed kepada Adam Naufal. Adam Naufal juga budak praktikal Dr Syed. Dimata lelaki Adam Naufal tahu yang Dr Syed suka pada Afnan Tasneem. Adam Naufal rapat dengan Afnan Tasneem sekadar bagi cemburu pada Dr Syed. Tetapi tidak pada Afnan Tasneem yang menganggap Adam Naufal mencintainya. Keadaan lebih bercelaru bila ibu Afnan Tasneem berkahwin dengan ayah Dr Syed. Ayah Doktor Syed merancang untuk menjodohkan Afnan Tesneem dengan sepupu Dr Syed, Syed Emir. Tanpa pengetahuan Dr Syed juga dia telah ditunangkan dengan Doktor Aleesya. Aleesya pemburu cinta Dr Syed dari kecil gembira dengan pertunangan itu. Kerana menghadiri majlis konvo Adam Naufal membongkar satu rahsia. Sebenarnya Adam Naufal sudah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. Afnan Tasneem kecewa. Berita kematian ibu dan ayah membuatkan Dr Syed mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Dr Aleesya dan berkahwin dengan Afnan Tasneem atas rasa tanggungjawab. Dr Aleesya yang tak boleh terima kenyataan dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Dengan bantuan Dr Syed juga Dr Aleesya pulih dan sedar akan kesilapannya. Semua yang berlaku sebenarnya telah ditentukan.