Home » News & Politics » Khalid: Suspek bunuh Jong-nam telah dilatih

Khalid: Suspek bunuh Jong-nam telah dilatih

Written By KiniTV on Tuesday, Feb 21, 2017 | 11:29 PM

 
Polis percaya suspek yang dikenal pasti dalam pembunuhan Kim Jong-nam telah dilatih untuk menjalankan pembunuhan itu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Khalid pada sidang media di Bukit Aman hari ini berkata suspek yang terlibat telah dilatih dan tahu apa yang mereka lakukan apabila mereka bertindak ke atas abang presiden Korea Utara Kim Jong-un. Beliau berkata kedua-dua wanita itu, yang memegang pasport Vietnam dan Indonesia, juga sedar cecair yang digunakan untuk menyuntik Kim Jong-nam adalah bertoksik dan beracun. Berikut antara intipati sidang akhbar yang sedar beralngsung itu. - Polis percaya empat suspek Korea Utara yang telah pulang, terlibat secara aktif dalam kes pembunuhan itu. - Polis tidak akan menerima pelawaan pihak berkuasa Korea Utara untuk bekerjasama dalam menjalankan siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam. - Polis tingkatkan kawalan keselamatan di rumah mayat HKL kerana terdapat insiden cubaan pecah masuk.