Home » News & Politics » Jangan Jadikan MINDEF Dan Kawasan Sensitif Untuk Main Pokemon Go DSD Hishamuddin Tun Hussein Onn

Jangan Jadikan MINDEF Dan Kawasan Sensitif Untuk Main Pokemon Go DSD Hishamuddin Tun Hussein Onn

Written By JAYAN NAIR on Saturday, Aug 13, 2016 | 07:51 AM

 
13/08/2016 -- Jangan Jadikan MINDEF Dan Kawasan Sensitif Untuk Main Pokemon Go:- DSD Hishamuddin Tun Hussein Onn Permainan aplikasi Pokemon GO sewajarnya tidak dimainkan di kawasan-kawasan sensitif termasuk di ibu pejabat Kementerian Pertahanan, Mindef. Menurut Menterinya, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn larangan tersebut bukanlah melibatkan keseluruhan kawasan berkenaan tetapi ia tertakluk kepada kawasan-kawasan tertentu. Walau bagaimana, di kawasan pertahanan yang lain beliau berkata keputusan untuk melarang permainan Pokemon GO adalah bergantung kepada ketua di kawasan berkenaan. “Keputusan untuk mengharamkan bergantung kepada pihak-pihak di kawasan-kawasan berkenaan sebab itu kita akan tunggu, panglima daripada angkatan tentera laut, panglima angkatan tentera darat, panglima angkatan udara. “Tetapi untuk di Mindef, saya katakan ia tidak dibenarkan untuk bermain Pokemon Go namun larangan ini hanya ditempat-tempat tertentu sahaja,” jelas Datuk Seri Hishamuddin. Semalam, Panglima Tentera Darat Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mengingatkan anggotanya supaya tidak terjerebak dengan permainan Pokemon GO. Pihaknya kini juga dalam penelitian bagi melihat tahap ancaman dan bahaya permainan itu ke atas fasiliti milik tentera di seluruh negara terutama mengenai teknologi Pokemon GO yang dapat memaparkan gambar sekitar lokasi permainan itu. Berhubung ciri permaina tersebut, Datuk Seri Hishamuddin akur dengan kebimbangan yang mungkin ada mengganggu gugat aspek keselamatan negara kerana ia berbeza dengan aplikasi lain seperti Google maps dan waze. “Kalau kita tengok di google maps tiada (paparan) kawasan-kawasan sensitive di situ, kita ad acara bagaimana untuk uruskan google maps ataupun google earth. “Saya bimbang aplikasi baru in, Pokemon GO kalau mereka tidak dapat tengok melalui google earth, mungkin sengaja mereka memperalatkan individu dan warga kita di Mindef, atas alasan permaian ini,” jelas beliau. Datuk Seri Hishamuddin berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat Pewakilan UMNO Bahagian Batu Gajah di Batu Gajah petang tadi.