Home » News & Politics » Dr Mahathir: Rakyat Pekan usah undi Najib, biar dia tumbang

Dr Mahathir: Rakyat Pekan usah undi Najib, biar dia tumbang

Written By KiniTV on Thursday, May 12, 2016 | 09:23 PM

 
Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyeru pengundi di Pekan, Pahang tidak memberikan undi kepada anggota parlimennya, Datuk Seri Najib Razak. Menurut Bekas Perdana Menteri, ia perlu dilakukan bagi memastikan Najib tidak lagi dipilih menjadi perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum, PRU-14. Walaupun perkara itu dilihat sukar, beliau berharap agar ia dapat dilaksanakan bagi memastikan hanya Najib seorang sahaja yang 'tumbang' dan bukan parti Umno atau BN.