Home » News & Politics » BES 5-10 7 PM [29 DIS 2015]

BES 5-10 7 PM [29 DIS 2015]

Written By Berita RTM on Tuesday, Dec 29, 2015 | 06:11 AM

 
1. KG MUTIARA - TANGGUH Penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringhi di Georgetown Pulau Pinang yang berhimpun, bagi mempertahankan rumah mereka daripada dirobohkan, diberi tempoh SEBULAN mulai hari ini untuk berbincang dengan pemilik tanah. 2. SALLEH – REBAT GST PRABAYAR Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa memantau pelaksanaan rebat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi pengguna prabayar tahun depan. 3. CHIANG MAI – MANGSA KEMALANGAN BAS BALIK Empat lagi mangsa yang terlibat nahas bas di Chiang Mai, Thailand dibawa pulang hari ini. 4. REMAN KES BUNUH TAPAH Mahkamah Majistret Ipoh melanjutkan tempoh reman dua beranak yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan di sebuah bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah, dua bulan lalu. 5. MAHKAMAH –KES TIKAM KAKITANGAN ASTRO Di ibu negara, dua penghantar surat dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan merusuh menggunakan senjata berbahaya untuk mencederakan seorang pengurus pentas stesen televisyen berbayar, Astro Awani, 2 minggu lalu. 6. KONFLIK SYRIA Sekurang-kurangnya 32 maut dan 90 lagi cedera dalam dua insiden letupan bom berasingan di Zahra, Homs, Syria. 7. CHINA – LANCAR SATELIT PEMANTAU HD China melancarkan satu satelit pemantau tercanggih, "Gaofen-4" sebagai sebahagian daripada projek pemantau bumi berdefinisi tinggi, HD.