Home » News & Politics » #MH370: Harap Mangsa Ditemui:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

#MH370: Harap Mangsa Ditemui:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

Written By JAYAN NAIR on Friday, Aug 07, 2015 | 04:03 AM

 
07/08/2015 -- #MH370: Harap Mangsa Ditemui:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Berhubung maklumat terkini pesawat MH370, apa yang diharapkan agar kesemua mangsa dapat dikesan. Itu kenyataan yang dibuat Menteri Besar Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir yang menambah bahawa penantian para waris selama setahun setengah kini berakhir. “Waris mangsa yang terlibat daripada Perak akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. “Kita mendoakan semoga kesemua masalah dan penderitaan mereka akan berakhir dengan doa dan harapan kita mereka yang terlibat itu akan ditemui,” katanya pada sidang media di Batang Padang, semalam. Sekali lagi, secara rasminya Perdana Menteri, Datuk Seri DiRaja Mohd Najib Tun Razak membuat pengumuman tentang pesawat itu. Semalam, 7 Ogos, beliau telah mengesahkan “flaperon” yang ditemui di Pulau Reunion, Madagascar adalah milik pesawat MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu. Sebelum ini pada 24 Mac 2014, beliau mengumumkan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Pesawat berkenaan hilang dari radar sejam selepas melalui Laut China Selatan dengan membawa 227 penumpang bersama 12 anak kapal ke Beijing, China yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.