Lawak 90-an Imuda, Sabri Yunus & Susan Lankester Bukan Maharajalawak
Susan Lankester ialah seorang pelakon Malaysia kacukan Inggeris dan Cina yang mula dikenali menerusi filem tahun 1984 berjudul Mekanik arahan Othman Hafsham di mana menerusi lakonan debutnya itu beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-4.
Menerusi filem tersebut Susan cukup dikenali menerusi dialog "Orang putih ke, orang biru ke, kita orang Malaysia kan?" yang menjadi sebahagian daripada dialog filem popular. Beliau sekali lagi dicalonkan dan memenangi anugerah tersebut pada 1994 menerusi lakonan hebatnya sebagai ketua editor majalah wanita dalam filem Femina.
Watak komedinya dalam siri komedi 2+1 bersama Imuda pernah melayakkan beliau bertanding dalam kategori Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH) pada tahun 1993.
Namun selepas kejayaan sitkom tersebut, Susan mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada TV dan filem ekoran sering mendapat watak-watak yang klise.
Beliau menumpukan kepada projek-projek teater dan perniagaan sendiri selama lebih 12 tahun.
Pada tahun 2010, beliau membuat kemunculan membawakan watak Adeline Hunter Bertorgh dalam pementasan teater Natrah arahan Erma Fatima.
Beliau juga muncul dalam sitkom bertemakan mokumentari berjudul Keluarga Iskandar memegang watak sebagai Kamariah Abdullah di mana beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Komedi Wanita Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2013.
Di samping itu Susan juga pernah bergelar menyanyi, dan cukup popular menerusi kolaborasinya bersama SM Salim menerusi lagu "Antara Dua Zaman".
source: http://ms.wikipedia.org/wiki/Susan_Lankester
Searches related to susan lankester:
agama susan lankester
susan lankester biodata
susan lankester edinburgh
susan lankester dr
susan lankester instagram
susan lankester family
susan lankester photo
susan lankester filmography