Home » News & Politics » Kerana Anwar, adik beradik Samad bertekak di Parlimen

Kerana Anwar, adik beradik Samad bertekak di Parlimen

Written By KiniTV on Wednesday, Mar 12, 2014 | 06:16 AM

 
Dua ahli parlimen adik beradik dari Pakatan Rakyat dan BN - Datuk Shahrir Samad (BN-Johor Bahru) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) - mencuri perhatian dewan pada sesi perdebatan petang ini apabila rancak berdebat dan bertikam lidah di antara satu sama lain selama kira-kira 15 minit. Drama bermula apabila Khalid dalam ucapan menjunjung titahnya menyindir abangnya yang berucap selama hampir tiga jam semalam, sewaktu ahli parlimen pembangkang tidak hadir kerana memprotes sidang Dewan Rakyat.