Home » News & Politics » Pakatan Pembangkang Celaru Kerana Berpakat Berasaskan Hasad Dan Dengki

Pakatan Pembangkang Celaru Kerana Berpakat Berasaskan Hasad Dan Dengki

Written By UMNO MALAYSIA on Tuesday, Sep 18, 2012 | 08:11 AM

 
KUALA LUMPUR, 18 Sept -- Ketidaksepakatan dalam keputusan untuk mengadakan pilihanraya antara parti Pakatan Pembangkang sudah cukup untuk membuktikan bahawa gabungan parti-parti tersebut tidak pernah sehaluan dalam apa saja keputusan baik untuk gabungan parti mereka sendiri apatah lagi keputusan untuk kebaikan rakyat dan negara. Ahli Majlis Tertinggai UMNO, Datuk Idris Haron berkata ketidaksepakatan Pakatan Pembangkang ini bukan satu yang pelik kerana gabungan parti pembangkang ini pun terjadi secara kebetulan. Kata beliau lagi ia bukan terbentuk secara gagasan, bukan niat mereka untuk bersatu dalam mencari persamaan. "Gabungan Pakatan ini terbentuk atas niat mereka yang secara kebetulan sama iaitu kerana hasad dan dengki terhadap BN yang sekian lama memerintah dengan cukup baik sejak 55 tahun yang lalu dan telah memenangi 12 pilihanraya sejak dari parti Perikatan lagi. "Jadi, perpaduan mereka itu adalah berasaskan dari sifat-sifat hasad dengki, iri hati dan sakit ini ini merupakan satu sifat yang keji menyebabkan kita dapat lihat tindakan-tindakan mereka seolah-olah tidak mempunyai perancangan dan kata sepakat yang terperinci. "Apabila tiada perancangan, maka kesannya ialah tindakan itu tidak akan selari dan hanya mengikut kehendak dan kemahuan parti masing-masing. Sebab itulah kita dapat lihat tidak ada kenyataan yang konsisten antara PKR, DAP dan Pas berhubung dengan prinsip-prinsip perjuangan di dalam Pakatan Pembangkang," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini. Bahkan tambahnya lagi, mimpi politik mereka pun berbeza-beza di antara satu sama lain. Sebab itu, rakyat di negara ini tidak ada keyakinan bahawa Pakatan Pembangkang ini boleh menjadi pentadbir dan pemerintah lebih baik dari BN. "Kalau mereka cuba dakwa bahawa Pakatan Pembangkang boleh jadi pentadbir yang lebih baik, kita lihat saja bukti di lima negeri yang mereka perintah. Di Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Contohnya di Kelantan, setelah lebih 20 tahun memerintah, krisis air pun masih tidak selesai sampai ke hari ini. "Di Selangor pula dapat kita lihat bagaimana janji-janji mereka kepada rakyat yang tidak mereka tepati. Mereka hanya berbohong bak pepatah hanya menanam tebu dibibir sehingga berjaya memperdayakan rakyat Selangor," jelasnya lagi. Justeru itu katanya, isu-isu yang tidak selesai di negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang ini sudah cukup untuk memperlihatkan kelemahan dan keadaifan mereka dalam mentadbir dan menguruskan kerajaan. "Semuanya mereka tidak sepakat sehinggakan untuk mengadakan pilihanraya juga bertelagah pendapat. Selangor kata nak pilhanraya kemudian, Pas pula hanya mengikut tetapi DAP pula tidak bersetuju. Ini semua adalah kecelaruan yang menampakkan bahawa mereka tidak ada motif untuk menambah baik negara ini berbanding dengan apa yang sudah sedia ada. Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di dalam kepimpinan negara sebelum ini. "Ini semua telah menampakkan bibit-bibit yang menampakkan kelemahan dan kepincangan mereka dalam mentadbir dan menguruskan negeri. Kalau negeri pun tidak boleh ditadbir urus dengan baik, macam mana rakyat boleh mengharapkan mereka untuk mentadbir dan mengurus kerajaan pusat yang sudah tentu lebih banyak perkara-perkara yang kompleks dan perlu diambil kira di dalam pentadbiran pusat," ujarnya. Dalam hal ini, beliau yakin bahawa rakyat di negara cukup bijak untuk menilai yang mana satu kerajaan yang bercakap, bekerja dan menunaikan segala janji dan mana satu kerajaan yang hanya menanam tebu dibibir. "Saya yakin kerajaan yang ada sekarang ini di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib telah terbukti kewibawaannya sejak hari pertama merdeka sehinggalah ke hari ini di mana kerajaan BN telah mengotakan setiap kata dan janji. Kerajaan BN juga telah membuktikan kepada dunia bahawa dalam konteks masyarakat majmuk, kerajaan Malaysia merupakan yang terbaik dalam menguruskan masalahat rakyat berbilang bangsa dan dunia juga menghormati kita. "Saya yakin, rakyat di negara ini ingin terus hidup dalam keadaan aman dan makmur di bawah pemerintahan kerajaan yang sedia ada. Rakyat di negara hari ini sudah cukup bijak untuk menilai yang mana satu intan dan yang mana satu kaca,"akhiri beliau. -MediaUMNO Lagi http://www.umno-online.my/?p=68119