Khasiat sarang burung walit untuk wanita
Sarang-sarang burung walit didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.
Disamping itu, ianya juga sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khususnya dalam melancarkan sistem aliran darah.
Penyelidikan saintifik moden mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang tulen dan amat sesuai untuk semua peringkat usia.
Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang terbukti mampu memberi daya ketahanan terbaik terhadap proses penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung dapat merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan sistem imuniti badan dalam melawan segala jenis penyakit.
Sarang burung walit juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan juga janin yang dikandungi. Ini amat jelas terbukti berikutan bayi yang dilahirkan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta mempunyai fungsi badan yang lebih kuat berbanding bayi lain. Disamping itu, ibu juga akan pulih dengan lebih cepat selepas melahirkan bayi. Garisan kendur ketika mengandung (stretch mark) akan cepat hilang dan kembali seperti asal.
Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan, bergantung kepada cita rasa tersendiri untuk menambahkan kenikmatan ketika menjamu. Bagaimanapun ia memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan. Walau bagaimanapun, produk Minuman Sarang Burung Extra Collagen 350ml keluaran Alga Prima mampu memberi penyelesaian menyeluruh. Ianya diformulasi khusus untuk memberi segala khasiat sarang burng yang tersebut di atas. Cuma pengambilan satu sudu sehari sudah mencukupi untuk mendapat khasiat tersebut.
Dengan tambahan kolagen dari ikan salmon yang bermutu tinggi, ianya mampu membaikpulih struktur epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan selain membekalkan keanjalan jangka masa panjang pada wajah agar kekal muda dan jelita.