Home » Education » Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO)

Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO)

Written By SPRM Malaysia on Tuesday, Feb 28, 2012 | 06:07 AM

 
CEIO adalah program yang diiktiraf dan bertujuan melahirkan Pegawai Integriti Bertauliah dan ianya dikendalikan sepenuhnya oleh Pusat Pembangunan Integriti Korporat, sebuah pusat di bawah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). CEIO adalah antara individu yang ditauliahkan oleh Lembaga Pengiktirafan Pegawai Integriti Bertauliah setelah menjalani latihan kursus melalui program berstruktur yang dikendalikan oleh CIDB. Lembaga Pengiktirafan Pegawai Integriti Bertauliah adalah dilantik oleh Ketua Setiausaha Negara atas nasihat Ketua Pesuruhjaya SPRM yang terdiri daripada mereka yang berpengalaman,berintegriti dan telah memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam penkhidmatan awam. Antara lain ianya bertujuan bagi membolehkan Pegawai Integriti Bertauliah melaksanakan tugasan: -memastikan pematuhan terhadap semua undang-undang, peraturan, sistem dan prosedur. -Menyematkan budaya Zero tolerance terhadap rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. -Memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada pihak pengurusan beliau ditempatkan.